Saturday, March 31, 2007

Tolak FTA AS-Malaysia!!!

Bagaimana FTA AS-Malaysia akan jejas rakyat Malaysia
Harga Ubat Akan Meningkat
Berdasarkan FTA AS sebelumnya yang hampir sama, AS akan membuat permintaan yang akan menyebabkan harga ubat-ubatan menjadi lebih mahal di Malaysia.
Lebih Banyak Ubat Dipatenkan
Pertama, lebih banyak ubat akan dipatenkan jika FTA AS ditandatangani. Pematenan memberi hak eksklusif kepada sesebuah syarikat (satu monopoli) untuk menghasilkan atau mengimport ciptaan baru. Sebagai contoh, di Malaysia, tumbuhan tidak perlu dipatenkan tetapi dengan menandatangani FTA AS, ia boleh dipatenkan. Ini bermakna pengetahuan penduduk asli malah tumbuhan sedia ada yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit seperti malaria boleh dipatenkan.
Perlindungan Paten Lebih Lama
Kedua, jika FTA AS ditandatangani, tempoh paten akan tahan lebih lama daripada tempoh 20 tahun yang diwajibkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ini bermakna pesakit terpaksa menunggu lebih lama sebelum monopoli paten ditamatkan dan versi ubat generik boleh dibeli. Versi generik adalah selamat dan berkesan sebagaimana ubat asli. Sebagai contoh, Glaxo menghasilkan Panadol yang merupakan jenama bagi parasetamol. Parasetamol yang sama boleh dihasilkan oleh sebuah syarikat ubat generik dan versi generik ini mungkin digelar “Super.” Ubat generik adalah lebih murah, misalnya apabila ubat AIDS generik boleh didapati, ia akan mengurangkan harga rawatan daripada AS$15,000 kepada AS$150 bagi setiap pesakit dalam setahun. Harga tersebut menurun sebanyak 100 kali ganda.
Masa Lebih Lama Diperlukan Untuk Menghasilkan Ubat Generik Murah
Ketiga, melalui FTA AS, syarikat AS juga boleh mendapat monopoli ke atas ubat melalui peruntukan “data eksklusif.” Pada masa kini syarikat ubat generik tidak perlu menjalankan semula ujian klinikal yang dibuat oleh syarikat pertama yang menghasilkan ubat itu untuk membuktikan ubatnya adalah selamat dan berkesan. Sekarang ini, syarikat ubat generik boleh bergantung kepada hasil ujian syarikat pertama. Tetapi data eksklusif akan menghalang syarikat ubat generik daripada melakukannya selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Jadi, sungguhpun ubat itu tidak dipatenkan, rakyat Malaysia masih terpaksa membayar harga monopoli yang amat tinggi bagi ubat sekurang-kurangnya lima tahun sebelum ubat generik boleh dijual kepada mereka.
Kita Mungkin Tidak Mampu Membuat Atau Mengimport Ubat Lebih Murah
Akhir sekali, Malaysia menjadi peneraju dunia apabila ia mengeluarkan lesen wajib bagi pengimportan ubat AIDS yang lebih murah pada November 2003 (bagi tempoh dua tahun). Pelesenan wajib adalah satu cara yang disediakan di bawah WTO yang membenarkan kerajaan atau syarikat lain untuk mengimport atau menghasilkan ubat yang dipatenkan tanpa kebenaran pemilik paten, jika satu royalti kecil dibayar dan beberapa prosedur dipatuhi. Kebanyakan negara melihat Malaysia sebagai role model pada masa itu. Jika FTA AS ditandatangani, ia akan menjadi lebih sukar bagi Malaysia untuk menggunakan cara ini pada masa hadapan.
Dengan potensi kos kebanyakan ubat menjadi lebih tinggi apabila FTA AS ditandatangani, adakah kita masih mampu mendapatkan ubat-ubatan itu pada harga sedemikian?
Petani Mungkin Hilang Mata Pencarian
Perlindungan Penanam Padi Mungkin Dihapuskan
Pada masa kini Malaysia mengenakan tarif 40% ke atas beras untuk melindungi petaninya dan dalamRancangan Malaysia Kesembilan, Malaysia bermatlamat untuk mencapai 90% mampu diri dalam pengeluaran beras. Seramai 296,000 petani bergantung ke atas beras bagi mata pencarian mereka, dengan 116,000 petani terbabit secara eksklusif dalam penanaman padi di Malaysia hari ini. Sektor padi di Malaysia pada masa kini dilindungi secara relatif dari segi memastikan jaminan makanan dan perlindungan mata pencarian di luar bandar. Tetapi jika tarif hendak dikurangkan kepada sifar maka beras Amerika (yang telah disubsidikan oleh kerajaan AS supaya ia boleh dijual pada kadar 25% di bawahkos pengeluaran) akan memasuki Malaysia.
Petani Dipaksa Meninggalkan Tanah
Kesan peruntukan sedemikian ke atas pertanian boleh dilihat dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) di mana import bijirin dari Amerika selepas NAFTA telah menjejaskan ribuan petani di Mexico. Hampir 2 juta petani telah meninggalkan tanah mereka sejak bermulanya NAFTA, dengan 8 daripada 10 orang hidup dalam kemiskinan dan 18 juta orang mendapat kurang daripada AS$2 sehari.
Tidak Mampu Mengeksport Tanaman Ke AS
Petani Malaysia tidak mungkin mampu mengeksport lebih banyak tanaman mereka ke Amerika disebabkan beberapa alasan. Pertama, undang-undang Amerika tidak membenarkan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) untuk menawarkan tarif lebih rendah secara nyata kepada Malaysia. Kedua, sungguhpun Malaysia diberikan tarif lebih rendah, subsidi kerajaan Amerika yang besar kepada petani mereka akan menyukarkan produk Malaysia untuk bersaing. Dan ketiga, pengalaman Mexico menunjukkan sungguhpun tarif lebih rendah diberikan untukbuah-buahan dan sayur-sayuran dari Mexico, kerajaan Amerika masih boleh mengenakan sekatan perdagangan lain untuk menghadkan eksport produk pertanian daripada memasuki negara mereka.
Dengan masa depan sektor pertanian yang suram di Malaysia apabila FTA AS-Malaysia ditandatangani, kerajaan Malaysia mesti memastikan analisis faedah kos yang betul dijalankan supaya matlamat mampu diri dalam pertanian tidak terpesong dan keadaan yang buruk tidak berlaku.
Upah Mungkin Turun & Pekerja Hilang Kerja
Kerajaan Amerika telah menyatakan bahawa ia mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangan (iaitu kesemua produk selain hasil ladang) dari AS dikurangkan kepada sifar. Apakah maknanya ini bagi rakyat Malaysia?
Mengurangkan Tarif Hingga Sifar: Kurang Wang Bagi Pembangunan
Pakar ekonomi meramalkan pengurangan tarif dengan cepat akan meninggalkan kesan yang lebih besar ke atas syarikat-syarikat kecil berbanding yang besar kerana perniagaan kecil tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan yang sama untuk disesuaikan denganperubahan itu. Kerajaan Malaysia akan kekurangan wang untuk melatih semula mana-mana pekerja yangtelah menganggur kerana ia mendapat sedikit wang apabila ia merendahkan tarif tersebut.
Hilang Pekerjaan
Malaysia juga boleh belajardaripada pengalaman negaralain. Satu kajian bebas olehKesatuan Eropah mengenai kesanFTAnya dengan negara-negara diAfrika Utara seperti Turki, Israel, Mesirdan Maghribi telah mendapatipengurangan tarif seperti itu akanmenyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaanmereka.Senegal kehilangan satu pertiga daripada pekerjaanperkilangannya apabila ia mengurangkan tarifnyake atas barangan kilang yang diimport keranasyarikat Senegal tidak dapat bersaing denganbarangan import yang lebih murah.
Chile (dengan pendapatan per kapita lebih tinggi daripada Malaysia) mengalami kehilangan pekerjaan sebanyak 8% dalam perkilangan apabila ia mengurangkan tarifnya dan masalah yang serupa dialami oleh negara-negara seperti Uruguay, Cameroon, Kenya, Nigeria, Uganda dan Zambia.
Upah Turun
Menurut kajian Kesatuan Eropah dan pengalaman Ecuador, kadar pengangguran lebih tinggi juga menyebabkan upah turun bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan kerana mereka bimbang kehilangan pekerjaan mereka kepada yang menganggur.
Melemahkan Langkah Kawalan Tembakau
Perjanjian Perdagangan Bebas AS-Malaysia (FTA) yang disarankan mungkin meninggalkan kesan negatif ke atas langkah langkah yang mengawal penggunaan tembakau memandangkan syarikat-syarikat multinasional telah menggunakan perlindungan harta intelek, khususnya tanda niaga dan perlindungan rahsia perdagangan, untuk mencabar langkah langkah ini.
Sebagaimana di Amerika Syarikat, merokok merupakan isu kesihatan awam utama di Malaysia. Lebih daripada satu dalam empat orang dewasa Malaysia merokok dan dianggarkan 10,000 rakyat Malaysia mati dalam setahun akibat penyakit yang dikaitkan dengan merokok. Hampir separuh daripada bajet Kementerian Kesihatan dibelanjakan ke atas rawatan penyakit yang dikaitkan dengan tembakau.
Untuk menangani masalah kesihatan awam utama dan fiskal ini, Malaysia telah menandatangani dan meratifikasikan Konvensyen Rangka kerja KawalanTembakau, dan sedang menjalankan langkah-langkah serius untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kesan merokok ke atas kesihatan penduduknya. Ia telah memulakan kempen menentang merokok yang dijalankan oleh kerajaan, menaikkan cukai tembakau, dan mengamalkan dasar peraturan sesuai, seperti membuat label amaran yang lebih besar dan lebih banyak grafik.Malangnya langkah-langkah kesihatan awam Malaysia dilemahkan oleh langkah-langkah syarikat tembakau multinasional terkemuka, Philip Morris dan British American Tobacco (BAT). Syarikat-syarikat ini telah lama mengelak daripada sekatan periklanan dengan menjalankan amalan periklanan tidak langsung yang menggunakan jenama, satu masalah yang perlu ditangani negara dengan mengharamkan iklan secara menyeluruh pada tahun 2003. Kini syarikat-syarikat itu sedang berusaha untuk melemahkan kenaikan cukai tembakau dengan menawarkan diskaun dan menambah bilangan rokok dalam peknya.
FTA AS-Malaysia yang memasukkan ciri-ciri yang lazim terdapat di dalam perjanjian perdagangan AS dan yang digunakan pada produk tembakau akan membantu syarikat multinasional tembakau dalam usaha mereka untuk melemahkan langkah-langkah kesihatan awam untuk mengurangkan kadar merokok dan menghapuskan jumlah kematian dan penyakit yang dikaitkan dengan merokok.
Peraturan FTA
Model standard perjanjian perdagangan bebas AS memasukkan pengunduran dan penghapusan tarif ke atas barangan, dan mewujudkan peraturan yang meliputi isu-isu tiada tarif termasuk perdagangan dalam perkhidmatan dan harta intelek. Kedua-dua peruntukan tarif dan tiada tarif dalam FTA mengancam objektif kawalan tembakau yang penting. Kemasukan produk tembakau dalam FTA AS-Malaysia akan menambah keupayaan mereka untuk berbuat demikian di Malaysia.
Harta Intelek
Syarikat multinasional tembakau banyak bergantung kepada peraturan harta intelek untuk mencabar dasar kawalan tembakau yang tegas. Mereka berhujah, di Kanada, Brazil, Thailand dan negara-negara lain, peraturan pembungkusan yang biasa bagi pembungkusan rokok, malah amaran kesihatan yang besar mengancam tanda niaga mereka, dan melemahkan tujuan tanda niaga, iaitu tanda yang membezakan secara mudah produk sesebuah syarikat dengan yang lain. Sebagai contoh, BAT, Imperial Tobacco dan JapanTobacco telah menegaskan bahawa keperluan label amaran Eropah mencabul hak tanda niaga syarikat berkenaan, dengan menghalang penggunaan bungkusan rokok untuk memaparkan tanda niaga dan perbezaan produk mereka. Syarikat-syarikat itu juga telah mendakwa bahawa langkah-langkah untuk mengharamkan penggunaan istilah “ringan”, “lembut” dan “rendah” boleh melanggar hak tanda niaga, kerana istilah itu digabungkan dengan nama rokok. Pada akhir tahun 2001, Kanada mensarankan peraturan kesihatan yang melarang penggunaan istilah “ringan” dan“lembut” pada bungkusan tembakau. Peraturan itu disarankan berikutan penemuan pakar kesihatan awam bahawa gambaran “lembut” dan “ringan” pada dasarnya mengelirukan. Rokok yang “lembut” dan“ringan” tidak kurang ancaman bahayanya terhadap kesihatan perokok. Sungguhpun Philip Morris menafikan sebarang faedah kesihatan bagi rokok yang “ringan” atau “ultra ringan,” dan bersetuju bahawa “pengguna tidak seharusnya diberikan mesej yang gambaran memberi makna sebarang jenama rokok yang ditunjukkan kurang berbahaya berbanding jenama lain.” Bagaimanapun syarikat itu menegaskan, ia seharusnya masih boleh menggunakan istilah itu, yang didakwanya menyatakan perbezaan rasa kepada pengguna. Menghalang penggunaan istilah itu, Philip Morris berhujah, akan melanggar tanggungjawab Kanada di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). Syarikat-syarikat rokok juga telah mencabar langkah-langkah untuk mewajibkan pendedahan ramuan rokok sebagai satu pelanggaran hak rahsia perdagangan yang dilindungi oleh perjanjian perdagangan bebas mereka, terutamanya di Thailand.
Perkhidmatan
Peruntukan dalam perjanjian perkhidmatan mungkin digunakan untuk mencabar pengharaman atau sekatan periklanan negara, terutamanya sekatan yang digunakan terhadap bentuk periklanan tertentu tetapi bukan yang lain. Ia juga mungkin digunakan untuk mencabar peraturan yang menyekat tempat-tempat pengedaran bagi produk tembakau. Begitu juga sekatan ke atas jualan rokok melalui internet tertakluk kepada cabaran perjanjian perkhidmatan.
Pelaburan
Syarikat-syarikat tembakau mungkin meminta perjanjian perdagangan/pelaburan untuk mencabar undang-undang negara yang dianggap mengehadkan jualan tembakau. Peruntukan perjanjian itu menyediakan cara yang boleh dipertimbangkan bagi industri untuk berbuat demikian. Setiap potensi tuntutan harta intelek daripada industri itu — mengenai label amaran, pengharaman ke atas istilah “ringan,” “lembut” dan “rendah,” dan pendedahan ramuan — boleh ditakrif semula sebagai ekspropriasi dan dengan itu, boleh dicabar.
Kesimpulan
Berdasarkan kepentingan polisi awam yang sangat besar dalam mengurangkan kadar merokok, tidak terdapat asas yang kukuh bagi mewajarkan FTA AS-Malaysia.
(Sumber: Essential Action, AS)

No comments: