Saturday, March 31, 2007

Tuntutan IFC

Tuntutan IFC (Suruhanjaya antara agama)
  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak secara otomatik menjadi Islam
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang
  3. Sebarang kes pertukaran agama tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil
  4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa ia beragama Islam
  5. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekirannya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak
  7. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam
  8. Bibel dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka
  9. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut itu hendaklah diajar di semua sekolah
  10. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan dan program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing
  11. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam
  12. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

No comments: